Posts

Showing posts from 2017

Ekspedisi Menawan Puncak Santubong

Image
Hye guys!! I'll come up with another update today and it was about our journey to Santubong Mountain. What shud I say about the trip? It was last minute plan and maybe it only once in a lifetime. Hahahaha. Nak menyesal pun ada ni. Tapi, its worth it. Pagi Sabtu (17 Disember 2017) yang tenang ; lepas solat subuh bersiap-siap konon semangat habis ni dengan misi menawan Puncak Santubong. Dalam jam 0730 macam tu, kitorang gather satu tempat dan terus bergerak. Sampai dekat kaunter pendaftaran jam 0745 pagi. Settle pendaftaran semua dan sedikit pesanan ringkas dari pegawai bertugas tentang keselamatan dan sebagainya. Katanya ; kalau boleh kena turun dari puncak sebelum jam 3 petang. Kalau tak, bahaya nak turun bila malam. Settle semua  so kitorang pun bergerak dari checkpoint pendaftaran. - - Dari checkpoint pendaftaran sehingga  ke F2, tak ada masalah. So far jalan pun okay.Energy level pun still tahap cemerlang. Untuk pengetahun korang, semua checkpoint ada 15. So d...

When Faz Answer

Image
Oh hello there -- I found this on google ; 50 questions To Ask A Girl If You Want To Know Who She Is And i thought its interesting and start answering myself. Hahaha. And I'll share my answer with a mix of english and a proud Bahasa Melayu  and I hope I'll giving a good answer to someone who want to know me better. :) 1. What's one thing that's happened to you that made you a stronger person? ; Kegagalan. I always think when im fail doing anything, its like a quick call to make sure I'll push myself harder to become better. Masa SPM dulu, result teruk. Tak ada offer dari mana-mana uni mahupun matrikulasi, maktab pun reject tau application kita, last called ialah STPM. Sebab rasa sakit kegagalan yang lepas tu sangat terkesan di hati, masa STPM memang struggle habis dan akhirnya dapat best student masa tu. Manissss :) 2. What's one thing that's happened to you in your life that make you feel weak? Lost of my fav person. Hmmmmm. 3. Where is ...

Gastrik Oh Gastrik

Image
Hello!! Its been a while aku dah tak menulis dekat blog. Seriously rindu kot. Skill menulis pun dah tak wow macam dulu. Ecehhhh..masuk troli tolak sendiri. Gittewww. . I'm sick. Owhhhh..actually gastrik. Takla teruk sangat tapi for the first timer macam aku, seriously sakit ya amat. huhu.Aku tak ada history sakit gastrik. 27 tahun and I always proud of that. Sebab aku jenis makan memang tak jaga. Kadang, kalau sibuk gila, memang sampai lupa pasal makan? Im not joking, but seriously that's me. Orang sibuk kata aku diet sebab aku dianggap kurus seperti tiang? Errrrr.. tapi honestly aku tak pernah diet. Hahahaha. Aku makan apa aku suka. Bila aku rasa nak makan. And depend on the mood. . The story start bila satu malam tu aku susah nak tidur sebab sakit perut. Actually its not sakit perut yang nak berakkk tu. Its just rasa tak selesa. Rasa sebu. You know?! So, pusing kiri kanan still takleh tido sampai pagi. Tapi rasa dia taklah teruk sangat. I mean sakit ya ampunn tu t...

Positive Vibe ✨

Dan kau itu adalah apa yang kau fikirkan ; • Seorang tua di tepi kedai makan segera-- Sudah beberapa kali kami ketemu namun baru hari itu aku sempat bertegur sapa dengannya. Selalunya aku juga seperti orang lain yang hanya memandang dari kejauhan dan mendoakan dia dalam diam. • Namun-- Tidak untuk petang itu. Aku turun dari kereta dan mengambil tempat di sebelahnya. Aku memasukkan sedikit usinn dalam genggamannya. Dia senyum lantas menghulur sayur yang dijualnya pada aku. "Tak apa. Pak cik ambik saja duitnya" • Dia senyum. Paling lebar setakat yang kupandang dari tadi. Aku memulakan perbualan. "Selalu niaga di sini pak cik?" Aku berbasa-basi. • Sedangkan hakikatnya tiap kali ke sini, dia selalu kutemui walaupun barangan jualannya berlainan tiap kali. Ada hari sayur midin. Ada hari ikan kering. Ada hari buah betik dan lain-lain. • Dia angguk. Mengiyakan pertanyaan aku sebentar tadi. "Pak cik sorang? Anak-anak mana?" Terjun terus pada soalan ...

Puisi Jangan

Image
Dan kerana manusia itu suka melakukan apa yang dilarang ; Jangan datang kepada aku-- Sekadar mahu mengisi kosong menampal lopong, Bila mana hakikatnya kasih kau pada aku itu bohong. Jangan melangkah masuk ke dalam hidupku-- Jika kau berhasrat melangkah pergi ; berlalu, Tanpa sapaan salam yang tidak perlu. Jangan jadi manusia yang menyimpan angan-angan, Membawa kebodohan, Dan-- Meninggalkan akal fikiran.

Tips Persediaan Pencerapan PdPC

Image
Geng Gaduh Tiap Hari. Comel tak? Ohh hello-- Cuti sudah menjelma. Sikit sebanyak baru punya ruang bernafas lega.  Meniti tahun ketiga menjadi seorang guru, terlalu kurang pengalaman untuk aku bercerita tentang proffesion yang sangat aku cintai ni.  Untuk tiga tahun ini, aku kerapkali dicerap sama ada pencerapan dalaman mahupun dari luar. Kalau dalaman tu, kebanyakannya berbeza ikut sekolah. Sekolah kami menang paling rajin kalau bab ni. Untuk aku yang berada di bawah panitia Bahasa Melayu, kebiasaannya KP dan KB akan turun padang untuk melakukan pencerapan. Kalau dari luar, aku masih di bawah pemantauan SISC+ BM. Yang ni dipilih bukan berdasarkan prestasi atau apa, tapi memang tugas SISC+ tu turun padang untuk membantu PDPC di bawah penyeliannya. Setahun tiga kali. Hahahaha. Jangan tanya feel dia nak kena cerap tu cemana. Sebab feel dia berbeza ikut orang. Lagi-lagi aku guru baharu yang pengalaman kurang dari tiga tahun. Betul-betul baru nak merangk...

H E C T I C

Image
Minggu tunggang terbalik. Pheeeew 🍃 • Tengah sibuk menanda kertas peperiksaan, tiba-tiba dimaklum orang jabatan nak turun sekolah semak fail. Maka , masing-masing pun bertungkus lumus menyiapkan 2 3 fail seorang. • Fail PBS, lepas tu PPPM, lepas tu fail KSSM. Belum habis cerita fail, datang pulak yang lain nak semak penggunaan modul HEBAT dan KBAT dalam RPH. Maka, cikgu-cikgu berkaitan pun lupakan fail sekejap dan bergegas bawak LCD kehulu kehilir konon nak terapkan modul ni dalam Pdp. • Sampai senget jugaklah bahu minggu ni. Usung LCD, laptop dan bahan-bahan masuk kelas tiap kali. Bukan sehari, ni kena buat sampai modul tu habis guna. Anyway, BM saja ada 20 modul. Tu belum masuk pecahan 3 unit dalam setiap modul. Ko faham tak derita dia nak habiskan modul tu? Wawawawaaaa. • Tiba-tiba murung! Seriously stress dia tahap kau bekejar nak berlari 100 meter tapi dalam masa yang sama nak kena lalu air kolam, nak kena lompat pagar, sambil bimbit lcd dan laptop kat bahu? Boleh ba...

Ramadan Akan Pergi

Image
Ramadan akan pergi-- Tanya sama hati, Apa yang berubah pada diri kau sendiri. Macam mana dengan bacaan quran tiap hari? Apa sudah terbaiki atau masih biasa seperti yang dulu-dulu lagi. Macam mana dengan solat lima waktu? Apa masih selang seli atau cukup lima kali? Semoga Ramadan kali ini menjadi landasan kita sama-sama memperbaiki diri. Jadi lebih baik-- Amal meningkat naik-- Kalau bukan sekarang, jadi bila? Ramadan akan datang, belum tentu panjang umur kita. Semoga sama-sama kita usaha, Dalam Ramadan yang hanya tinggal baki sisa, Amalan baik kita diterima, Segala yang jahat, Allah ampunkan segala, Semoga puasa kita menjadi puasa yang bermakna-- Bukan takat lapar dan dahaga. Kala semua orang sudah balik bercuti, Sekolah kami masih gigih meneruskan pembelajaran lagi sehari, Sedang hati masing-masing sudah tidak lagi di sini-- Nak tunggu loceng akhir tu lambat benar rasanya ni. wiwiwiwiwiiwi. Sempena Aidilfitri yang akan menjelang lagi dua tiga hari-- D...

Cuti Oh Cuti

Dan tiba-tiba malam ni diumum 23/6 tu cuti-- Melompat masing-masing. Siapa tak suka cuti. Pakat-pakat dah nak buat apa sebab ada extra satu hari. Tiba-tiba ; Berdukacita. Lupaaaa-- Tiket kapal terbang dah beli. Bukan senang nak tukar tiket bila last minit macam ni. Tengok dekat web siap cecah ribu tiket yang nak ditukar tu. Ya ampunnn. Tu tiket balik Kuching ke pergi Mekahh? Nangisss air mata darahhhhh. Wawawaaaaaaa. Tak tahu nak gembira sebab dapat cuti extra. Atauuu-- Berduka sebab orang lain cuti dulu ; Tapi kita extra satu hari kat airport tu. Wuwuwuwuwuuuuuuuuuuuuu.

Tips Seorang Freshie

Image
F R E S H I E -- Budak-budak diploma dah mula mendaftar diri sejak ahad haritu lagi. Jadi, entry kali ni aku dedikasikan sepenuhnya untuk adik aku yang tengah melanjut pelajaran di UITM kampus Samarahan dan budak-budak lain yang berdebor nak melangkah ke alam uni. Tips seorang freshie -- Cool kan akak punya entry? kekekekekeke.                              Sempat la jenguk adik-adik masuk uni.  Sayang sangat niii.  1. Kejutan Budaya ; Zaman uni jauh beza dengan zaman kau sekolah dik. Kau jangan terkejut bila dengan kawan kau sekolah dulu yang jenis tak pandang pompuan tiba-tiba berkepit dengan awek keliling pinggang. Kau jangan hairan bila kawan kau yang result gempak masa zaman sekolah tiba-tiba mengalami zaman kejatuhan. Tak ada yang pelik. Kaklong dah jumpa banyak yang macam ni. Kaklong dulu pun jenis hampir terbabas sikit, alhamdulillah punya kawan-kawan yang hebat. Sentiasa ingat...

Istiqamah

Image
I S T I Q A M A H-- Seseorang itu boleh melakukan kebaikan seberapa banyak dia mahu, Tapi yang payah ; Bila kau cerita pasal istiqamah. Ramadan kali ni-- Berapa orang yang berazam mahu qhatam Quran lagi sekali? Rata-rata dalam hati semua mahu. Tapi berapa kerat saja yang rajin menatap quran itu setiap hari? Gigih membaca sebaris dua usai solat setiap kali? Yang berjaya cuma yang istiqamah. Gigih mencapai quran dan membacanya tiap kali walau diasak kesibukan tugas dunia yang tak pernah habis sampai mati. Mengambil sedikit masa menyelesaikan azam ramadan yang dia punya. Istiqamah-- Dalam semua perkara. Adalah yang paling payah-susah. Kau nak tinggalkan rokok yang kau dah biasa kerana kau tahu bahaya ; susah. Kau nak tinggalkan cara pakai kau yang tak menutup aurat dengan sempurna ; payah. Alasannya -- dah terbiasa. Alasannya -- dah sebati. Alasannya -- amalan ruji. Dan kerana hendak seribu daya -- percayalah tiada apa yang mustahil dalam dunia. Melain...

Yang Pertama

Image
Satu-- Salam kenal kali pertama, Walau hakikatnya ; Kita sudah pernah berjumpa dalam banyak tulisan sebelumnya. Salam kenal kali pertama, Dan semoga ada yang kedua-ketiga-dan-seterusnya.  Sama-sama mencari redha Tuhan, Kalau tak mampu dengan lakuan, Semoga terkesan dengan tulisan. Hai awakkk-- Salam kenal kali pertama.