Tips Seorang Freshie
F R E S H I E --
Budak-budak diploma dah mula mendaftar diri sejak ahad haritu lagi. Jadi, entry kali ni aku dedikasikan sepenuhnya untuk adik aku yang tengah melanjut pelajaran di UITM kampus Samarahan dan budak-budak lain yang berdebor nak melangkah ke alam uni. Tips seorang freshie -- Cool kan akak punya entry? kekekekekeke.
Sempat la jenguk adik-adik masuk uni.
Sayang sangat niii.
1. Kejutan Budaya
; Zaman uni jauh beza dengan zaman kau sekolah dik. Kau jangan terkejut bila dengan kawan kau sekolah dulu yang jenis tak pandang pompuan tiba-tiba berkepit dengan awek keliling pinggang. Kau jangan hairan bila kawan kau yang result gempak masa zaman sekolah tiba-tiba mengalami zaman kejatuhan. Tak ada yang pelik. Kaklong dah jumpa banyak yang macam ni. Kaklong dulu pun jenis hampir terbabas sikit, alhamdulillah punya kawan-kawan yang hebat. Sentiasa ingat mengingatkan.
Zaman sekolah, kau jumpa hp pun masa kat rumah je kan? Dalah kelas haghammm nak bawak dik. Tapi bila duduk uni, hp 24 jam dekat tangan. Boyfriend mesej. Crush whatsapp. Tu belum kisah wifi 24 jam access. Ya ampunnnnn pakej dik pakej. Facebook 24 jam nak mengadap. Tak ada sapa nak larang. Tak ada sapa nak kisah.
Masa-masa ni tinggal kau dengan Tuhan je lah lagi. Berapa kuat identiti kau masa zaman sekolah, masa ni lahhh nak tengok impak segala yang kau belajar masa sekolah. Segala pesan cikgu dengan ustazah dulu, apa kau ingat atau buat pekak?
Jadi dik--
Yang penting ; jaga diri. Tak semua yang orang lain buat, kau kena ikut. Jadi saja diri sendiri. Ingat mak ayah dikk. Kau belajar tinggi-tinggi guna duit siapa? Jadi, mana-mana kau pergi, jaga maruah keluarga kau sama.
2, Kawan
Pilih kawan yang baik-baik. Kawan ni paling kuat pengaruh masa dekat u. Sebab mak ayah kita jauh. Tak ada sapa nak peringat. Tak ada sapa nak tegur. Jadi, berkawanlah dengan yang baik-baik. Cari member yang tanya kau solat dah belum.
Cari member yang kejut kau bangun pagi semata-mata nak pergi kelas sekali. Cari member yang ajak kau pergi program agama sekali sekala. Kita hidup ni bukan takat kejar dunia, kalau nak berjaya, akhirat kena selari sama. Semoga kau jumpa member baik yang selalu ajak buat pahala naik.
3. Kursus
Kelas di uni tak sama macam sekolah. Mula jam 7 straight sampai 1. Kadang kau kelas 8 pagi. Lepas tu jam 3. Lepas tu mungkin malam-malam baru kelas lagi. Itu biasa. Susun jadual kau sendiri. Tak ada orang yang baik hati nak tolong kau susun jadual tiap hari.
Pemilihan kursus di uni memang paling penting. Salah pilih mau tak grade kau nanti. Dan sebenarnya dalam banyak perkara, benda alah ni yang paling pening nak buat. Adedededehhh.
Kak long dulu, awal-awal memang kalau boleh semua nak sama dengan member. Alihh-alihh lepas semua dah dapat major minor masing-masing, kelaut semua perancangan awal. Kau kena pandai-pandai sendiri. Jangan harap kawan adadengan kita 24 jam dik, kena banyak berdikari. Kaklong dulu selalu je pergi kelas sorang, makan sorang, balik kelas pun sorang. Bukan jugak forever alone, tapi memang kehidupan di universiti macam tu.
Sebab tu, lepak makan sorang-sorang kaklong tak bingung. Dah biasaaa. HAHAHAHAHA.
4. Masa
Yang ni kalau kau tak pandai handle memang jahanam. Kaklong dulu bukan jugak ada jawatan penting, setakat pegang jawatan kolej. Tahap-tahap pengawas asrama lahh kiranya. Tahap busy dia ok lagi lahhh. Kadang meeting sampai tiga empat pagi. Kadang, kena tuang kelas sebab nak settlekan kerja. Ya ampunnnn, rasa berdosa. Tapi tuang kelas jarang kaklong buat. Kecuali masa kelas etnik awal-awal dulu. Kaklong sempat pergi sekali. Hahahahaha. Nasib baik, result dia ok ok.
5. Aktiviti
Hidup ni uni kalau nak diikutkan memang paling best. Kaklong dulu duk penang, USM. Dia punya program memang hari-hari ada je lahh. Sama ada program bawah uni/pusat pengajian/kolej/mpp/persatuan dan banyak lagi lah. Nak pergi hiking, pergi muzium, larian, sukan, joget, makan malam, tinggal kau pilih nak join ke tak je lagi dikk.
Sebab kaklong jenis yang malas, so kaklong jarang join program bawah persatuan/pusat pengajian. Hidup kaklong banyak dengan program kolej/uni, Masa duduk uni lahh kaklong merasa jejak kaki negara orang. Satu- singapore Dua - New Zealand. Tapi gerak kerja dia kau takyah cakaplahh. Setahun tak lena tidur oww cari duit. hahahahaha.
Timbalah pengalaman banyak-banyak. Pergilahhh berjalan. Cuma ; jangan lupa Tuhan.
6. Senior
Dah nama pun freshie kan, banyak benda tak tahu, kadang pergi kelas depan mata je pun tapi sesat sampai setengah jam. Kaklong bercakap base on pengalaman. Kelas nya dekat je, aku gi naik bus pusing satu uni. HAHAHAHAHA. Nak buat caner? Masa tu konfiden level tinggi dik.
Hormat senior tapi jangan sampai kena buli. Nasib baik usm takde kes ragging ni semua dulu. Senior ngan junior pun kamceng lebih kurang. Nak buku, nota semua tu, haaaa...part ni senior kau paling berguna tau. Tips nak ambik hati pensayarah, semua dalam poket dyorang. Kau kena rajin menyembang je lahhhh.
Kenal-kenal kakak/abang senior semua. Untung-untung, dapat jodoh sorang. Ehhhhh? hahahaha. TU je tak sempat kaklong buat dulu masa duduk uni, cari jodoh. hahahahhaha. menyesal pulak sibuk sangat kan. Kikikikikiki.
Lets stop here.
Lama tak mengarang panjang.
All the best untuk adik-adik yang baru nak pegang title freshie.
Kaklong pun tak lama lagi nak jadi freshie balikkk. Tak sabauuu. hahahahha
Ikhlas ;
Kaklong kitakkkkk .
Comments
Post a Comment