Ramadan Akan Pergi




Ramadan akan pergi--
Tanya sama hati,
Apa yang berubah pada diri kau sendiri.

Macam mana dengan bacaan quran tiap hari?
Apa sudah terbaiki atau masih biasa seperti yang dulu-dulu lagi.

Macam mana dengan solat lima waktu?
Apa masih selang seli atau cukup lima kali?

Semoga Ramadan kali ini menjadi landasan kita sama-sama memperbaiki diri.
Jadi lebih baik--
Amal meningkat naik--

Kalau bukan sekarang, jadi bila?
Ramadan akan datang, belum tentu panjang umur kita.
Semoga sama-sama kita usaha,
Dalam Ramadan yang hanya tinggal baki sisa,
Amalan baik kita diterima,
Segala yang jahat, Allah ampunkan segala,
Semoga puasa kita menjadi puasa yang bermakna--
Bukan takat lapar dan dahaga.


Kala semua orang sudah balik bercuti,
Sekolah kami masih gigih meneruskan pembelajaran lagi sehari,
Sedang hati masing-masing sudah tidak lagi di sini--
Nak tunggu loceng akhir tu lambat benar rasanya ni. wiwiwiwiwiiwi.

Sempena Aidilfitri yang akan menjelang lagi dua tiga hari--
Dikesempatan yang ada ;
Saya mohon maaf atas segala kelancangan mulut yang mendahulu,
Segala perbuatan yang tak difikir dulu,
Segala perkataan yang menghiris kalbu,
Segala gurauan yang tak patut diberitahu--

Maafkan saya yang itu--
Semoga selamat sampai ke destinasi yang dituju.
Balik kampung ooo ooooo balik kampungggg. wiwiwiwiwiwi.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.
MAAF ZAHIR DAN BATIN.

p/s : baju raya uols warna apa tahun ni?


Comments

Popular posts from this blog

Tips Persediaan Pencerapan PdPC

Demam Campak

Ekspedisi Menawan Puncak Santubong