Selamat Tinggal


Sudah sampai masa,

Setiap memori itu hanya kekal sebagai memori,

Bukan untuk dikenang lagi.


Sudah sampai masa,

Buku itu aku tutup dan simpan rapi,

Aku janji--

Setiap ketawa dan air mata yang menemani,

Cukuplah sampai di sini.



Ya--

Hanya kerana sudah sampai masa. 

Aku akan mulakan halaman baru,

Tanpa memori lalu. 


Iman Addin / 24.10.2021 / 12:21 a.m



Comments

Popular posts from this blog

Tips Persediaan Pencerapan PdPC

Demam Campak

Ekspedisi Menawan Puncak Santubong