Tips Persediaan Pencerapan PdPC


Geng Gaduh Tiap Hari. Comel tak?



Ohh hello--
Cuti sudah menjelma. Sikit sebanyak baru punya ruang bernafas lega. 

Meniti tahun ketiga menjadi seorang guru, terlalu kurang pengalaman untuk aku bercerita tentang proffesion yang sangat aku cintai ni. 

Untuk tiga tahun ini, aku kerapkali dicerap sama ada pencerapan dalaman mahupun dari luar.
Kalau dalaman tu, kebanyakannya berbeza ikut sekolah. Sekolah kami menang paling rajin kalau bab ni. Untuk aku yang berada di bawah panitia Bahasa Melayu, kebiasaannya KP dan KB akan turun padang untuk melakukan pencerapan.

Kalau dari luar, aku masih di bawah pemantauan SISC+ BM. Yang ni dipilih bukan berdasarkan prestasi atau apa, tapi memang tugas SISC+ tu turun padang untuk membantu PDPC di bawah penyeliannya. Setahun tiga kali. Hahahaha. Jangan tanya feel dia nak kena cerap tu cemana. Sebab feel dia berbeza ikut orang. Lagi-lagi aku guru baharu yang pengalaman kurang dari tiga tahun. Betul-betul baru nak merangkak dalam bidang ni. Pencerapan ni pada aku sangat membantu aku membaiki cara aku mengajar dan mengawal kelas. Walaupun hakikatnya, seteghessss ya ampun. 

Ok--
Straight to the point la ehh.
Sebab tahun ni tahun paling kerap aku kena cerap, malah JPN haritu turun padang. Dan yang terpilih antara tiga tu aku la sorang. Berdasarkan pengalaman singkat aku tu, aku tulis tips ni untuk panduan guru-guru baharu macam aku. Kalau hampa nak lagi best, boleh rujuk cikgu-cikgu senior sekolah ampaa aa. Depa banyak pengalaman. 



1. Rancangan Pengajaran Harian
Cemerlang macam mana pun kau sebagai seorang guru, RPH tak siap, abeslaaaaa nak. Sebabkan nama dia pun rancangan pengajaran kan, so shud be RPH memang kena sediakan sebelum kelas-- sentiasa. 

Senang ;
Kalau terpilih nak kena cerap, pertama RPH kena cantik. lagi best, kalau kau boleh prepare RPH ala-ala zaman kau praktikal dulu. Hahahaha. Kalu boleh, kalau tak boleh, tak jugak ada masalah. Dan pastikan cikgu pilih objektif yang cikgu rasa boleh dicapai hari tu. 

Kalau nak buat karangan, takyahla cikgu pilih objektif pelajar dapat menyiapkan karangan lengkap dalam kelas hari tu .Sekurang-kurangnya 2 isi ka, pendahuluan ka. Apa-apa pun itu bergantung pada keupayaan pelajar cikgu lahh pulak. 

2. Aktiviti

Pilih aktiviti yang berbeza. Contohnya aktiviti individu dan berkumpulan. 
Aktiviti ini akan menjadi wadah memastikan objektif pdp kau tercapai atau tidak.
Contohla ehh, kau ada dua objektif. Katakan aktiviti satu adalah untuk mengukur objektif satu, Dan aktiviti dua pula sebaliknya. 

kalau cikgu ada 3 objektif dan ada satu aktiviti saja, boleh jugak. Tapi tidak digalakkan. Kalau nak buat masa lain takpa, kalau masa nak kena cerap, aku nasihatkan takyah. 

Dalam ruang catatan tu nanti, cikgu tulis dalam aktiviti 1, objektif mana yang nak dicapai. Memudahkan penilai. Kita kalau nak markah cantik, kena senangkan hati depa nohh. Hahaha.


3. Penglibatan Pelajar
Sebabkan kita berada pada abad-21, jadi pdp pun mesti berorientasi abad ni. Depa tak terima pakai kalau cikgu chalk and talk dan pelajar jadi pendengar setia. Boleh je pun kalau cikgu nak buat chalk and talk, tapi takyah la dari awal kelas sampai loceng bunyi, Di situ, nampak la pdp abad 21 tidak berlangsung.

Sebab pdp abad 21 ni guru disarankan menjadi fasilitator atau pemudahcara. Haaaa..cikgu bagi arahhan, bagi pelajar buat. Buat aktiviti berkumpulan lepastu bahagikan mereka tugas. Cikgu jalan-jalan ja round dari kumpulan ke kumpulan. Bantu apa yang mereka tak tahu. 


Pengajaran cikgu dianggap berjaya kalau ada penglibatan pelajar. Cikgu kena tanya soklan. Haaa..kan la ni duk kecoh pasai KBAT. Masa ni la cikgu tayang skill teknik penyoalan soalan KBAT tu. 

Cikgu kena selalu bagi pelajar peluang untuk melibatkan diri semasa Pdp. 



4. Pengawalan Kelas

Sebabkan pelajar dikehendaki aktif semasa pdp, cantik la kalau cikgu boleh buat aktiviti berkumpulan. Pelajar kita pulak, kalau jenis suruh buat aktiviti berkumpulan, haaaa mulalahhhhhhh nak maciammm-maciammm.

Nak gi jenguk kawan dialahh. Pinjam pen lahhh. Pinjam pembaris lahh. Sebenarnya saja nak berjalan kacau kawan dia. Masa ni, pengawalan kelas kena mahir. Jangan bagi pelajar merayau merayap tak tentu hala. Pastikan setiap pelajar dalam kumpulan tahu tugas masing-masing. Yang jadi masalah tu biasanya pelajar yang takdak keja. Haaa..yang ni bahaya.

Kelas bising sebab pelajar buat kerja takpa. Jangan kelas bising sampai cikgu takleh kontrol. Masa-masa ni jelingan maut, suara lagit ketujuh tu semua berguna. hahahaha. Tapi, cikgu jangan marah-marah dalam kelas na masa kena cerap. Tu pun tak boleh jugak sebenarnya. Kalau nak tegur, ada cara. Makin lama jadi cikgu, mahir lah tu nanti. Tengking-tengking budak masa kena cerap, elakkan lahhh. 


5. Penampilan Guru

Pada aku, sebagai seorang guru tak kira kena cerap atau tidak, penampilan sememangnya perlu dijaga. Itu antara cara nak dapatkan perhatian pelajar. Kalau cikgu masuk kelas, rambut tak sikat, seluar singkat, baju pun renyok seribu, bau pun semacam, pelajar lari nanti cikgu.

Tak kira nak kena cerap ke tak, jaga etika pakaian kita sebagai penjawat awam. Pakai baju elok dengan badan, jangan besar sangat sampai melondeh, jangan pulak sendat, bau badan tu semua kena jaga. Macam mana kita nak dekat dengan pelajar kalau sebelum tu pun pelajar dan melari diri. 


Hmmm.
Yang aku cerita ni basic je lahh pun.
Yang lain-lain tu macam inti pdp aku tak sentuh la.
Yang tu cikgu lagi mahir.


Jangan marah kalau yang kat atas tu salah.
Itu cuma perkongsian kecil pada yang nak tahu.
Tak semestinya sesuai.
Contohnya pdp cikgu taknak ada aktiviti berkumpulan. Tak apalahh.
Yang diatas tu cadangan.

Kalau nak, guna.
Tak nak, tak apa.

Aku ni kalau cabutan bertuah, tak pernah pulak bertuah.
kalau yang bab terpilih nak kena cerap, ada je nama kena petik.

Boleh bagi tips tak nak elak kena cerap? hahahhaha.
Kot ala ada doa ampaa duk amal ka. Mai la ajaq ceq sekali nohhh.
Hahahahaha.

Lagi-lagi bila Nazir turun padang.
Gigil dia seminggu tak hilang ohhh. Hahahahahahaha



Tu jelahh. Till we meet on next update.









Comments

Popular posts from this blog

Demam Campak

Ekspedisi Menawan Puncak Santubong