Istiqamah
I S T I Q A M A H--
Seseorang itu boleh melakukan kebaikan seberapa banyak dia mahu,
Tapi yang payah ;
Bila kau cerita pasal istiqamah.
Ramadan kali ni--
Berapa orang yang berazam mahu qhatam Quran lagi sekali?
Rata-rata dalam hati semua mahu.
Tapi berapa kerat saja yang rajin menatap quran itu setiap hari?
Gigih membaca sebaris dua usai solat setiap kali?
Yang berjaya cuma yang istiqamah.
Gigih mencapai quran dan membacanya tiap kali walau diasak kesibukan tugas dunia yang tak pernah habis sampai mati.
Mengambil sedikit masa menyelesaikan azam ramadan yang dia punya.
Istiqamah--
Dalam semua perkara.
Adalah yang paling payah-susah.
Kau nak tinggalkan rokok yang kau dah biasa kerana kau tahu bahaya ; susah.
Kau nak tinggalkan cara pakai kau yang tak menutup aurat dengan sempurna ; payah.
Alasannya -- dah terbiasa.
Alasannya -- dah sebati.
Alasannya -- amalan ruji.
Dan kerana hendak seribu daya --
percayalah tiada apa yang mustahil dalam dunia.
Melainkan qada' qadar yang Allah tulis untuk kita.
Istiqamah nak berubah tu perit--
Kata-kata sindiran manusia tu pahit.
Nak membuang yang biasa itu sakit.
Tapi kalau tidak hari ni jadi bila lagi?
Kawan baik aku selalu pesan ;
Tak apa Faz--
Buat baik kalau tak mampu banyak-- sikit-sikit.
Tapi kena terus-kena selalu buat-kena istiqamah--
Niat yang baik-baik--
Walau tahu kita sompek,
Tapi semua nak pahala naik.
Jom sama-sama istiqamah--
Mungkin dah tiba masanya,
Kita lupakan tiap rasa yang tidak perlu ;
Semoga Allah bantu.
Comments
Post a Comment