Ekspedisi Menawan Puncak Santubong
Hye guys!!
I'll come up with another update today and it was about our journey to Santubong Mountain. What shud I say about the trip? It was last minute plan and maybe it only once in a lifetime. Hahahaha. Nak menyesal pun ada ni. Tapi, its worth it.
Pagi Sabtu (17 Disember 2017) yang tenang ; lepas solat subuh bersiap-siap konon semangat habis ni dengan misi menawan Puncak Santubong. Dalam jam 0730 macam tu, kitorang gather satu tempat dan terus bergerak. Sampai dekat kaunter pendaftaran jam 0745 pagi. Settle pendaftaran semua dan sedikit pesanan ringkas dari pegawai bertugas tentang keselamatan dan sebagainya. Katanya ; kalau boleh kena turun dari puncak sebelum jam 3 petang. Kalau tak, bahaya nak turun bila malam. Settle semua so kitorang pun bergerak dari checkpoint pendaftaran.
-
-
Dari checkpoint pendaftaran sehingga ke F2, tak ada masalah. So far jalan pun okay.Energy level pun still tahap cemerlang. Untuk pengetahun korang, semua checkpoint ada 15. So di puncak ialah F15. Menurut peta yang dibekalkan pada kitorang, F1 hingga F7 merupakan level easy. KIra yang minat main games ni, level easy tu kira kacang la kan. Pejam mata pun boleh settle.
Tapi bagi beginners macam kitorang, seriously sampai level 3 dah semput. Hahaha. Mengahhh mak nakkkkk. Target seterusnya ialah F5, sebab kat situ ada waterfall. Tapi sepanjang perjalanan menuju F5 tu pun entah berapa kali berhenti. Perjalanan F4 menuju ke F5 dah mula mencabar. Perlu meredah sungai dan menggunakan tali menuruni bukit dah sebagainya. Masa ni memang dah menguji fizikal jugak la. So, end up sampaila waterfall. Tak ada ornag pun masa tu, so kitorang ni ambik la kesempatan bergambar santai kenang-kenangan kat situ sampai lupa we spend almost 20 minutes jugak la kat situ. Bila dah hilang penat, kasut pun dah basah bawak berendam dalam sungai, so kitorang meneruskan lagi perjalanan yang masih panjang. Phewwwww.
Next target ialah F7. Perjalanan kali ni banyak meredah kayu-kayu hutan yang tumbang dan sebagainya. Level kesusahan tu masih minima. Perjalanan dari F5 hingga F7 tak mengambil masa yang panjang sebab kitorang tak rest langsung. Yelahhh, tadi kat waterfall dah lupa diri kann. Hahahaha. So dalam 30 minit macam tu, sampai la di F7. Kat sini, jumpa ramai geng-geng pendaki yang tengah lepak sebelum meneruskan perjalanan ke puncak. Bersembang dengan sorang bro ni, katanya untuk tahun 2017 ni je dia dah naik lebih 100 kali. Ya ampunnn, apa dibuatnya naik sampai 100 lebih kali. Aku yang dengar pun penat, tu belum aku yang naik sampai puncak lagi. Hahahaha.
-
-
Sebabkan nak naik ke puncak ni ada banyak jalan. Kalau jalan dari pendaftaran macam kitorang guna tu, memang mengambil masa jugak la nak sampai F7 ni. Macam kami, almost 3 hour kot baru sampai F7. Satu sebabnya, kitorang memang banyak rest. Jalan sikit, berhenti. Jalan lagi, berhenti. Tu belum menghabis masa bergambar kat waterfall. Mana nya tak sampai lambat? huhuhu.
So kebanyakan pendaki, suka guna jalan shortcut. Orang sini panggil jalan tikus. Dari jalan utama nak ke F7, cuma sejam lebih saja berbanding jalan yang kami guna. Tak ke cepat sampai tu?
-
Dari F7 nak ke puncak kami estimate dalam 3 jam. Konon la kan. Hahaha. Bermula dari F7 hingga F9 adalah level sederhana. Ok fine. Dalam kepala kitorang, sederhana je lah kan. Takla teruk sangat sebab budak darjah 3 pun elok je boleh naik sampai puncak takkan kitorang tak boleh. Tapi, semua tu memang menipu. Sampai je F8, ternganga mulut tengok jalan. Perlu menggunakan kekuatan tangan untuk memastikan tali yang dipegang kuat dan tidak terguling ke belakang. Dia punya jalan masa tu, dah 45 darjah condong ke atas. Bayangkanlahhhh jahhhhhhh. Mak nak give up dah.
Meneruskan perjalanan entah berapa kali rehat. Nampak je kerusi rehat yang disediakan memang terus ambek peluang melepas penat. Kadang, dahan atau akar pokok pun boleh bedal buat tempat bersandar. Janji boleh rest walaupun tak sampai 2 minit.
-
-
Sampai F9 je kitorang dah kehabisan bekalan air. Huhuhu. Rupanya bertong-tong yang dibawak pun tak cukup. Sadis. Masa tu perut pun dah start berteriakkk lapar. Apa yang dibawak, itu jelah yang dimakan buat alas perut. Lepas tu, meneruskan perjalanan sehingga F10.
Yang ni start trail paling mencabar. Bermula dari sini, korang akan jumpa banyak tangga bertali. Kat sini, tangan kena kuat untuk pastikan kau tak terjatuh ke belakang. Sebab tempat dia betul-betul sempit, kadang masa kau naik, ada pendaki lain yang nak turun. So disini, akan ada istilah tolak ansur. Lagipun, kat sini tak ada yang nak rushing macam dalam mall. Yang penting keselamatan.
-
-
Everything seems fine sampai kau jumpa F11. Kau akan jumpa tangga paling mencabar antara semua tangga yang ada. Dia punya tangga, dahla tinggi nak kena panjat plus jarak satu anak tangga dari anak tangga yang lain punyalah besar gap dia. Haaa, aku nak pesan, kalau ada hati nak naik gunung ni, please la pakai pakaian yang sesuai terutama seluar. Geng kitorang dua orang koyak seluar sebab ni lahh. Hahahahaha. Nasib baik ada spare. Kalau tak, naya. Sampai ke sudahhh duk hello dengan orang. Kekeke.
F11 ni jugaklah ada satu scene mendebarkan yang jadi. Faresha cramp kaki. Budak tu nangis dah. Dia duk tergantung lagi kat tangga. Aku kat atas cemas jugaklahh. Nak tolong cemana? Tangan aku nak tarik dia pun tak sampai sebab tangga tu agak tinggi jugak. Kalau tangga biasa tu dapat la kau tarik dia naik. Dalam 2 minit macam tu, kitorang just mintak dia relaks kan kaki and make sure jangan lepaskan tali. Lepas tu, kaki dia cam dah okay sikit dia mula panjat naik atas dan ktorang tak a rest la sekejap. Nak tinggalkan dia sorang kat situ, kesian. Hahahhahaha.
-
-
F11 dan ke atas memang banyak jugaklah tangga-tangga keramat. Masa ni memang ada jugak rasa nak give up. Bayangkanlah, ada satu-satu tempat tu kau cuma boleh berpaut dengan dahan dan akar-akar pokok. Kekuatan kai tangan digunakan sepenuhnya. Dahlahh masa tu memang dah penat ya ampunn tak larat semua ada.
Yang kelakarnya, tiap kali kitorang jumpa pendaki yang nak turun, masing-masing duk bagi semangat. "Lagi 15 minit" "Lagi 10 minit" "Dekat je dahhh" Semua jenis penyedap hati. Hahahaha. Tapi sekali kitorang teruskan perjalanan, 10 minit tak jugak sampai lagi. 15 minit tak jugak sampai lagi. Waaaaaa....kenapa jauh sangat!!.
Akhirnya, perjalanan kami ke puncak berakhir jam 0123 petang. Masa tu masing-masing memang dah penat dan lapar. Tapi still tak lupa nak ambik gambar kenang-kenangan. Cuaca masa tu agak panas jugaklah. So, disarankan sapa-sapa nak naik ke puncak, kena naik sebelum jam 12. Baru feel dia lagi segar. Tapi apa-apa pun syukur. Sampai jugak puncak. wiwiwiwiwiwiwi.
Line kat atas ni 4G kot.
Sempat lagi kalau korang nak update insta.
Hahahaha
Kat atas tu jugak, jumpa geng pendaki yang berniat nak bermalam kat situ. Ada satu telaga kecik la kat atas tu. Dan disediakan tempat rehat. Tapi muat untuk beberapa orang je lah. Kalau sampai 10-20 orang tu, kau tidur je lah tempat lain. Kat puncak, ruang dia agak terhad. So, berlegar-legar sekitar tu jelah carik view lawa.
Mengambil masa rehat yang lama jugak,tepat jam 0220 petang kami memulakan perjalanan turun. Sebab dah rehat agak lama kan, badan pun dah rasa penat lain macam. Kaki nak angkat pun tahap tak larat. Wuwuwuwuw.
Perjalanan paling mencabar sebenarnya bukanlah perjalanan menuju ke puncak, tapi perjalanan nak turun semula. Masa ni badan memang dan penat, fizikal mental semua rasanya dah tak boleh berfungsi dengan baik. Tambah-tambah pulak ekspedisi ni tanpa sebarang latihan fizikal. Main redah je. Alamatnyaaa ; hmmmm.
-
-
Gerun jugaklah bila nak turun. Sebab tadi masa naik, tak nampak sangat curam. Kali ni bila turun semua asyik pandang ke bawah, so tahap kecuraman tu kadang menggerunkan. Sampai terfikir banyak kali, cemana aku boleh naik tadi? heheheheh. Punya ekcited sangat nak naik kannn.
-
-
Sebabkan kumpulan kami ialah yang terakhir turun dari puncak, dan masa pun dah agak lewat, so kitorang decide akan guna jalan shortcut. Kalau masa naik tadi, masing-masing pum pang pum pang bercakap tak henti, masa turun ni semua cam low batt habis. Dengan air pun dah habis. Air peluh pun dah habis. Air liur pun dah habis. Memang rasa dehydrate teruk.
-
-
Perjalanan turun rasanya lebih sukar sebab masing-masing dalam keadaan penat sangat. Angkat kaki pun tak larat. Tahap nak mengensot dah rasanya. Nak tidur kat hutan tu tak patut pulak. Karang, yang temankan aku tido bukan orang. wuwuwuwuw.
-
-
Perjalanan turun dari puncak mengambil masa yang lebih singkat. 3 jam 40 minit sampai di tepi jalan besar. Nampak je jalan besar, feel dia nak nangis ada, memang rasa bersyukur sangat. Sambil tunggu kenderaan ambek, terbaring tepi jalan. Haaaaa..punyalah penat.
-
-
Kalau ditanya, nak naik lagi ke tak? I guess my answer is tak. Bagilah 1K pun aku tak naik dah kot. Rasanya once in a lifetime cukuplah. Melainkan aku betul-betul fit naik naik. Tak pun, kalau korang sanggup dukung aku masa turun tu, aku okayy Hahahahaha.
.-
-
Its a short trip. Ehhhh NO!! 10 jam lebih kat gunung tu mana boleh short trip. Hahahahaha. Sengal badan masih terasa tapi aku rasa I need to blog this one. Its kind of nice experient pada aku walaupun masa turun tu dalam hati, inilahh last sekali. Aku taknak naik dahh. Tanakkkk!!.
-
-
Satu yang aku nak share, tiap kali aku rasa nak give up masa nak naik, tiap kali aku rasa give up masa nak turun, kaki aku dah tak boleh nak melangkah, satu je aku fikir ; dalam hidup pun akan ada macam tu. Segala cabaran, dugaan, masalah, yang kadang buat aku rasa aku nak mengalah, aku dah tak boleh melangkah, tiap kali aku rasa aku dah kalah-- Aku pasti dalam diri aku masih ada sisa baki semangat yang mengatakan aku boleh buat. Aku mesti push diri aku yang aku masih ada kudrat.
-
-
Dan end up, aku berjaya. sampai puncak walaupun mengambil masa yang lama berbanding orang lain. Jadi, a special trip ni benar-benar membuka mata aku yang, kau pasti boleh buat, kalau kau bersungguh dan bertekad. Kannn?
Ohhh anyway ; Puncak Santubong was not a big deal anymore. wiwiwiiwiwi.
See you guys on my next entry. Much love ; Puteri Santubong =)
Comments
Post a Comment