Posts

Selamat Tinggal

Sudah sampai masa, Setiap memori itu hanya kekal sebagai memori, Bukan untuk dikenang lagi. Sudah sampai masa, Buku itu aku tutup dan simpan rapi, Aku janji-- Setiap ketawa dan air mata yang menemani, Cukuplah sampai di sini. Ya-- Hanya kerana sudah sampai masa.  Aku akan mulakan halaman baru, Tanpa memori lalu.  Iman Addin / 24.10.2021 / 12:21 a.m

KITA

Image
  Dia hanya bersenda gurau-- Kau sepatutnya ketawa. Kenapa memilih jatuh cinta?  Maka-- Ketahui saja, Bukan aku berhenti mencintaimu, Aku hanya berhenti menunjukkannya.  Dan-- Sampai bila-bila, Kita hanya teman yang diikat dengan perasaan.  Maaf-- Aku jadi lupa, Kita hanya sepakat untuk dekat dan bukan terikat.  Malah-- Kau yang ku anggap ubat. Terhanya hanya menjadi luka yang terhebat. 

Kita akan bahagia -- 88

Dari ekor mata-- Aku lihat seperti ada bibir yang menahan butir bicara, Mahu menyapa tapi tersekat di kerongkong cuma. . Pada setiap kata yang tak terluahkan. Pada setiap rasa yang tak diendahkan. Aku pasti, hati ini memahami. . Bukan tidak peduli, Malah jauh sekali dari membenci, Cuma tidak semua mampu fahami, Apa yang kita kongsi. . Kita akan bahagia. Dengan membahagiakan orang lain. Kita akan bahagia. Dengan mengikhlaskan diri menerima segala apa-- dengan reda. Kita akan bahagia. Ya. Kita akan bahagia.

PDPR lagi?

Image
PDPR oh PDPR -- . Buat kesekian kali, pdpr disambung lagi sehingga cuti Julai nanti. Berita ini meresahkan semua pihak, baik sekolah, guru, murid, malah ibu bapa sekali. . Perancangan yang pincang tak berpenghujung. Pembelajaran yang sampai tak sampai. Kesungguhan yang kadang mati dek kekangan. . Tahun lalu-- Ada 2 murid SPM aku berhenti sekolah kala satu langkah lagi menuju hari peperiksaan. Katanya-- "Cikgu, aku sudah tidak ada hati. Aku malas mahu menyambung lagi". . Puas dipujuk. Hati dia beku. Akhirnya, aku kalah. Aku harap perjalanan pdpr yang panjang tahun ini, tidak mematahkan semangat anak-anak yang sedang bertarung di Tingkatan 5 khasnya. Kita perlu habiskan, bersama-- . Buat sahabat guru-- Tidak aku nafikan, usaha menggunung kadang dirasa tak dipandang. Kadang mati rasa untuk memberi yang terbaik dari kita. Tapi-- sudah tergalas dibahu -- Panggilan kita ini -- cikgu. Buat lebih baik dari selalu, beri apa kau mampu-- Letakkan pengharapan pada Tuhan, Kau akan lebih i...

Kehilangan --

Image
Tiap kesedihan yang datang bersarang, Menghancurkan sebuah pengharapan Meleburkan segunung impian, Bertabahlah, Kerana dari sebuah ujian, Akan datang bersamanya rahmat Tuhan. Dari sebuah kehilangan, Telah meninggalkan kesan yang begitu mendalam, Tetaplah bertahan, Biar remuk dan hancur sekeping hati, Tetaplah utuh, Menanti hari esok, Yang pasti akan memberi berita baik. Esak tangis pasti kan berhenti juga, Episod duka juga kan bertukar bahagia, Meski bukan hari ini, Yakinlah esok masih ada. Berbahagialah dengan apa yang kau punya, Biar yang pergi membawa separuh dari dirimu, Yang tinggal juga perlukan kau sama. Teruslah teguh. Pasakkan kakimu dengan ampuh, Meniti hari esok pasti penuh cabaran, Namun yakinlah awan mendung tak selamanya disana, Matahari akan memancar kembali. Semoga kehilangan itu akan menjadikanmu lebih kuat esok hari. Salam rindu, Dari jauh. Tapi dekat dihatimu. 

Hello Baby ; My 1st Trimester

Image
19 Julai 2019 -- Pregnancy sememangnya satu kenangan terindah untuk semua pasangan suami isteri. Lagi-lagi yang dah lama menunggu untuk mendapat zuriat sendiri selepas mendirikan rumah tangga. Kann? For me and hubs, kawen 081218, PJJ almost 6 month macam tu, then alhamdulillah satu demi satu Allah mudahkan. . Bermula daripada berita lulus egtugar Jun 2019, alhamdulillah dan Julai dapat tau pulak dah pregnant almost 4 weeks. Syukur alhamdulillah. Kuasa Allah. . So, lets me share my newbie experience sepanjang 1st trimester. Tapiii-- sebelum tu nak share macam mana boleh tau pregnant. Tak silap 16 Julai tu ada spotting. Memang spotting tu tanda awal kalau aku nak period. Biasanya lepas spotting, memang akan kena period pain yang sampai tahap kena mc takpun guling-guling takleh buat apa. Punya sakit perut sampai merangkak nak pergi toilet. Boleh bayang tak apa yang aku alami tiap 1st day period? Tapi, syukur jugaklahh sebab benda ni datang 1st day jelahhh. Hari kedua selalunya ...

Penat

Image
Penat Dalam riuh rendahnya keliling, Dalam gembira dan seronoknya manusia, Aku terasing-- Bisu tanpa suara. Mati sudah rasa. . Hidup dalam pura-pura, Menjaga hati setiap mereka, Mengulum senyum palsu, Berborak tanpa nada, Kaku-kelu. . Apalah gunanya terus menulis cerita? Andai kesudahannya tiada. . Bukankah hidup ini suatu cabaran? Kenapa harus mengalah sesudah mengambil langkah? Jika tak mampu teruskan? Apa dengan pergi kan mengubat hati? . Melangkahlah ke mana pun membawa hati, Tapi-- Jangan lupa kembali. Membawa semangat yang lebih besar, Untuk hari yang mendatang. . Kuatkan hati. Melangkahlah lebih berani. Supaya tidak kau menyesal kemudian nanti.