Hello Baby ; My 1st Trimester



19 Julai 2019 --

Pregnancy sememangnya satu kenangan terindah untuk semua pasangan suami isteri. Lagi-lagi yang dah lama menunggu untuk mendapat zuriat sendiri selepas mendirikan rumah tangga. Kann? For me and hubs, kawen 081218, PJJ almost 6 month macam tu, then alhamdulillah satu demi satu Allah mudahkan.
.
Bermula daripada berita lulus egtugar Jun 2019, alhamdulillah dan Julai dapat tau pulak dah pregnant almost 4 weeks. Syukur alhamdulillah. Kuasa Allah.
.
So, lets me share my newbie experience sepanjang 1st trimester. Tapiii-- sebelum tu nak share macam mana boleh tau pregnant. Tak silap 16 Julai tu ada spotting. Memang spotting tu tanda awal kalau aku nak period. Biasanya lepas spotting, memang akan kena period pain yang sampai tahap kena mc takpun guling-guling takleh buat apa. Punya sakit perut sampai merangkak nak pergi toilet. Boleh bayang tak apa yang aku alami tiap 1st day period? Tapi, syukur jugaklahh sebab benda ni datang 1st day jelahhh. Hari kedua selalunya amannn. Hahah.
.
So, sambung balik, lepas spotting tu, aku dah get ready macam biasa. Beli hot pack apa semua. Ready pil just incase aku perlukan sebab most of the times aku tak tahan memang aku telan walau ada ura-ura pil tu tak bagus kan. Tapi pada aku, daripada aku rasa nak mati tahan sakit, baik aku telan. Ada jugak kurangnya. Huhu.
.
Peliknya spotting kali ni. Dia spotting sekejap lepas tu berhenti sehari. So hari selasa tu spotting sikit then rabu berhenti. Khamis dia datang balik spotting tapi sikit then berhenti. Aku dah cam pelik. Tak pernah pulak sepanjang ni jadi macam tu. Aku cam dah feel aku pregnant tapi aku tak sure. Tak jugak beli pregnancy test. Tapi kat rumah ada banyak OPK.
.
Sebab aku banyak baca jugak di internet, so aku tau la spotting ni salah satu tanda awal pregnancy di mana janin baru nak melekat. Tapi katanya sikit sangat peratusan wanita yang akan dapat spotting di awal pregnancy. Dan aku baca lagi, OPK ni boleh diguna untuk cek pregnancy jugak sebab bila kau pregnant ada hormon apa tahh yang tinggi dan OPK ni boleh detect. Tapiiii-- dalam masa yang sama aku baca jugak ada doc yang pertikaikan kesasihan benda ni.
.
So, bagi menyedapkan hati. Pagi jumaat 19 Julai tu, aku try la gedik test pakai OPK. Nahhh naik dua line terang benderang. Untuk pengetahuan korang, OPK ni memang akan naik dua line tak kira kau mengandung ke tak. Sebab OPK ni untuk cek kesuburan. Kalau hari kau subur, memang dia akan naik 2 line terang. Orang kata masa tu elok untuk bersama suami kalau nak merancang. Gittewww.
.
Kes aku pulak, sepatutnya 19 Julai tu tarikh aku tak subur which is menang masa-masa aku sepatutnya period. So, line tu sepatutnya kabur je lahh tapi naik terang dua line. Macam nak melompat pun ye jugak sebab aku macam dah dapat feel aku pregnant. Tapi-- still diam-diam tak bagitau husband. Sebab kalau salah teka, buekk malu den haaaa.
.
Balik sekolah, aku pecut pi watson beli 2 pregnancy test. Actually before tu aku dah beli yang clearblue tapi tak pernah guna lagi. Pagi sebelum pi sekolah aku cari tak jumpa pulak sebab ktorang kan baru pindah rumah, mana letak pun tak tau. Teraboqqq.
.
So sampai rumah aku punya tak sabaq cek pakai UPT beli kat watson. Nahhh aik 2 line. Tak puas hati cek pakai satu lagi. Lain-lain jenama. Punya tak puas hati kan. Nahh pun dua line. Baiklah aku kena confirmkan pakai yang mahal. Pi selongkar kotak cari ClearBlue punya UPT. Dengan sabarnya aku tunggu screen dia nyala. Dalam beberapa saat naikla 2-3 weeks. ALhamdulillahhhhh syukur.
.
Bermula la cerita nak bagitau hubs balik solat jumaat. Hahaha. Tapi kisah tu biar ktorang je la tau. hahahaha. Dia punya happy tu tak tau la nak cerita. Petang tu jugak terus pi klinik untuk confirmkan.
.
Bermulalah episod 1st trimester. Minggu pertama dan kedua lepas tau pregnant tu macam xda apa. Tapi lepas tu--cerita dia setiap kali maghrib mesti hurtburn. Punya sakit memang sampai meleleh air mata. Orang lain morning sickness kan, aku takdak. Pagi-pagi memang cergas kemain. Sampai je maghrib lembik memang sakit la hurtburn. Nasib baik ada husband sebelah layankan.
.
Part takleh hidu bau tu memang adaaa. Part ni pun pening jugak. Laki aku duk pakai shampoo biasa dia tu pun aku dah nak muntah. Tak kasi dia dekat. Minyak wangi dan deodorant pun aku takleh bauu. Dia punya laaa. Aku punya aku okayy. Hahahaha. Kadang boleh buat gaduh oww kalau terbau dia pakai. Sabar je lahh. Aku sendiri pulak jenis kereta memang wangi sebatu. Masuk je kereta aku rasa nak muntah. Last sekali alih semua bau-bau yang menjengkelkan dalam kereta sedangkan sebelum pregnant aku sukaaaa gilaaaa. Tapi kalau asyik nak masuk kereta je buat aku mual, mana tahan wehh. Senang alih ja semua yang wnagi-wangi dalam kereta. Tapi still bau wangi tu tak mauu hilang. huhuhuhu.
.
Cerita alahan aku memang tak banyak berbanding orang lain. Senang sangat pregnancy kali ni berbanding cerita orang yang sampai kena takleh bangun muntah mual. Aku part muntah tu xda. Cuma kena sekali sepanjang 1st trimester. Mual tu takyah cakap. Kalau bau pelik-pelik mesti mual. kalau bau wangi sangat pun mual. Masuk kelas bau nasi lemak budak makan pun rasa mual.
.
Tanya pasal makanan, semua aku telan. Takda pantang. Cuma awal-awal tu konon nak kurang minum teh milo semua. Hmm yelahhh. Sebab doc kata kena kurangkan pengambilan kaffein sebab tak elok kan. Mula-mula jelah aku dengar. Masuk last trimester tiap pagi order milo ais kat kantin. Hahahaaha.
Balik rumah bantai minum teh ais pulakk. ambekkkk.
.
Berat masa 1st trimester ni masih maintain. kalau pi check up pun naik sekilo sekilo macam tu. Okayy lagi laaa. Mungkin sebab 1st trimester ni aku memang masih lasak. Boleh lagi ajar budak netball. Masih lagi gigih cuci kereta sendiri. Memang tak makan saman orang suruh duk diam-diam. Memang taklaa. Sampai nak beranak ni pun aku duk ke hulu ke hilir pi shopping sana sini bawak budak hantar pi pertandingan semua ada. hahahaha.
.
So pada mummy yang baru nak melalui 1st trimester. all the best. Yang penting sokongan suami. depa nak kita beranak, so kena bagi kerjasama. Bini takleh bau dapoq hanglaa kena masak. Takpun pi tapau kat lua. Kalau bini hang mual-mual sedih tak tentu pasal, layan je la labu. Memang macam tu laaaaaa.
.
Sampai situ je laaa dulu.

Comments

Popular posts from this blog

Tips Persediaan Pencerapan PdPC

Demam Campak

Ekspedisi Menawan Puncak Santubong