Kita akan bahagia -- 88
Dari ekor mata--
Aku lihat seperti ada bibir yang menahan butir bicara,
Mahu menyapa tapi tersekat di kerongkong cuma.
.
Pada setiap kata yang tak terluahkan.
Pada setiap rasa yang tak diendahkan.
Aku pasti, hati ini memahami.
.
Bukan tidak peduli,
Malah jauh sekali dari membenci,
Cuma tidak semua mampu fahami,
Apa yang kita kongsi.
.
Kita akan bahagia.
Dengan membahagiakan orang lain.
Kita akan bahagia.
Dengan mengikhlaskan diri menerima segala apa-- dengan reda.
Kita akan bahagia.
Ya. Kita akan bahagia.
Comments
Post a Comment