PDPR lagi?
PDPR oh PDPR --
.
Buat kesekian kali, pdpr disambung lagi sehingga cuti Julai nanti.
Berita ini meresahkan semua pihak, baik sekolah, guru, murid, malah ibu bapa sekali.
.
Perancangan yang pincang tak berpenghujung.
Pembelajaran yang sampai tak sampai.
Kesungguhan yang kadang mati dek kekangan.
.
Tahun lalu--
Ada 2 murid SPM aku berhenti sekolah kala satu langkah lagi menuju hari peperiksaan.
Katanya-- "Cikgu, aku sudah tidak ada hati. Aku malas mahu menyambung lagi".
.
Puas dipujuk. Hati dia beku. Akhirnya, aku kalah.
Aku harap perjalanan pdpr yang panjang tahun ini, tidak mematahkan semangat anak-anak yang sedang bertarung di Tingkatan 5 khasnya.
Kita perlu habiskan, bersama--
.
Buat sahabat guru--
Tidak aku nafikan, usaha menggunung kadang dirasa tak dipandang.
Kadang mati rasa untuk memberi yang terbaik dari kita.
Tapi-- sudah tergalas dibahu --
Panggilan kita ini -- cikgu.
Buat lebih baik dari selalu, beri apa kau mampu--
Letakkan pengharapan pada Tuhan,
Kau akan lebih ikhlas dalam pekerjaan.
.
Buat anak didik--
Cubalah yang terbaik,
Sesungguhnya ilmu itu mahal.
Adab berguru perlu kau pegang sentiasa,
InsyaAllah, mudah kau hadam segala.
.
Buat ibu bapa--
Terima kasih kerana memahami,
Kerja ini tak mudah kalau kami guru berjalan sendiri.
Kami sediakan segala,
Mohon perhatian ibu bapa sedikit sahaja.
Kalau anak tidak faham--
Jangan segan minta bantuan,
Mungkin kami tak nampak di mata--
Tapi perkhidmatan kami sentiasa sedia.
.
Tuhan--
Beri kami kekuatan melawan rasa penat dan putus asa.
Hamparkan kami dengan rasa ikhlas yang tak berpenghujung.
Kami tak perlu puji--
Cukup kalau ada sedikit rasa menghargai.
Kerana kadang--
Kejian dan kata-kata itu cukup melukakan--
.
Buat rakan-rakan guru ;
Tetaplah bertahan. 💖
.
Comments
Post a Comment