JODOH OH JODOH



Entah nak bermula dari mana. Kekok jadinya. Sedikit aku kehilangan kata-kata setelah sekian lama tak menulis di sini. 

Korang sihat? Im not so well lately. So berehat panjang di rumah. Rasanya inilah masanya kembali ke sini. Walaupun aku tak pasti apa ada orang sudi menempel di blog aku yang tulisannya entah apa-apa. 

Menulis ni bagus untuk orang seperti aku. Yang tak berapa bagus lisannya dalam mengungkap banyak perkara. Tapi, beri aku pen dan kertas, akan aku tuliskan dalam lagu perasaan aku kala itu. 

So, guys!! Lets this entri be a special one since my comeback. Aku nak menulis tentang jodoh. Walaupun selayaknya bukan "bidang" aku, tapi mari aku kisahkan pada kalian tentang misteri yang bernama jodoh. 

--
Memikir akan jodoh terlalu banyak buat manusia jadi bodoh.
Memejam mata demi perasaan yang kau kata cinta.
Memekak telinga demi insan yang kau gelar kekasih setia.
Membisu suara asal bersama.


Jodoh ini misteri,
Yang kau sangka sudah di depan mata rupanya seketika,
Yang disangka pasti bersama, terlepas begitu saja,
Yang kau puja siang dan malamnya, menghilang entah ke mana,
Yang kau damba sepenuh jiwa, itu yang membuat kau menangis tak berair mata.

Ahhhh--
Memikir soal jodoh buat kita jadi bodoh.
Yang tak terfikir, itu yang hadir.
Yang tak terduga, itu yang setia,
Yang dibenci sepenuh hati, itu yang dicintai.

Bila memikir soal jodoh,
Aku punya angan-angan yang aku panggil impian.
Aku punya ciri-ciri lelaki idaman.

Yang aku jumpa dalam begitu banyak versi.
Sejak zaman menengah sampai universiti,
Teman lelaki aku masih boleh dikira guna jari.
Kebanyakannya memang yang punya ciri-ciri yang aku cari.

Pertama--
Good looking. Pada aku itu mesti. Tak lawa di mata orang aku tak peduli, asalkan aku yang memandang sejuk hati.

Kedua--
Berkarisma. Pada aku, lelaki sebegini pasti boleh membimbing bahtera keluarga kami nanti. 

Ketiga--
Berdikari. Beri apa saja, aku tahu dia pasti siap siaga. Dia serba boleh semua.

Keempat--
Kelakar. Yang ni aku tambah bila aku sudah kerja. Tekanan tempat kerja buat aku rasa aku perlukan teman yang bisa buat aku ketawa melupa sesaat masalah dunia.

Tapi--
Aku lupa. Tuhan kata-- Jodoh itu bukan yang kamu mahu tapi yang kamu perlu.
Dan aku sudah dapat Lelaki Kiriman Tuhan untuk aku. :)

Dan bersama dia--
aku sedar 4 ciri tadi aku sudah tidak perlu.

Aku cuma perlu lelaki penyabar. Hahahahahaha. Tapi Tuhan itu tidak pernah mengecewa-- Dia berikan yang penyabar dan charming on his own ways. 

Iya. 
Aku masih berdoa. 
Agar jodoh kami berdua kan kekal hingga syurga. 
Semoga Allah kurniakan dia kesabaran dan semoga Allah kurniakan kami rasa cinta dan berkasih sayang sampai tua nanti. 

Awak--
Jom tua sama-sama :)

Comments

Popular posts from this blog

Tips Persediaan Pencerapan PdPC

Demam Campak

Ekspedisi Menawan Puncak Santubong