Apa kau percaya bahawa Tuhan akan memberi saat kau sudah sedia?


Apa kau percaya bahawa Tuhan akan memberi saat kau sudah sedia?
Hakikatnya, memang sebegitu.

Saat kau benar-benar mahu-- Tapi Tuhan mahukan kau menunggu.
Peritnya rasa ketika itu. Kau sedia korban segala, Tapi kata Tuhan belum sampai masa.
Sedihnya kau saja yang tahu. Pedihnya tak mampu diungkap dengan kata, Tuhan punya rencana lain untukmu.

Dalam hidup-- kita sering kali dihimpit perasaan begitu.
Sering mendesak mahukan apa yang kita mahu.
Dengan segala daya dan usaha, doa tawakal segala,
Namun, dipenghujungnya kita perlu sedar cuma manusia,
Selebihnya Allah maha kuasa.

Waktu Tingkatan 4--
Aku paling berkehendak dengan jawatan Ketua Pengawas Aspuri,
Yakin 90 peratus jawatan itu untuk aku.
Rupanya Allah kata tak. Belum sampai masa kau untuk itu.
Aku dilantik sebagai Penolong. Bukan ketua seperti yang aku nakkan sebelum itu.
Kecewa--
Namun, dihujungnya aku diamkan saja.
Walaupun tidak puas hati itu masih ada.

Usai SPM--
AKu ditawarkan menyambung di sekolah yang sama untuk STPM pula.
Melangkah ke pejabat PKHEM, sebab meminta untuk tinggal di asrama.

Perkara pertama dari beliau--
Boleh tinggal di asrama dengan syarat WAJIB jadi KETUA.
Iya--
Waktu aku tidak menduga,
Tawaran itu terbuka di depan mata.
Tanpa saingan sesiapa.
Nahhh-- Allah pasti tahu aku sudah sedia.

Kisah itu aku abadikan di sini untuk aku kenangkan kemudian hari.
Sepanjang menggalas tanggungjawab sebagai ketua,
Baru aku sedar dari mimpi, sememangnya dulu aku belum sedia untuk itu.
AKu pasti tidak mampu melakukan segala apa yang ketua aku lakukan sepanjang kami bertugas bersama.
Banyak aku belajar daripadanya.
Akan amanah. Tanggungjawab. Dan persahabatan.
Teringat pulak pada dia. Entah di mana.
Sekian lama terputus berita.
Mungkin sudah jadi nurse berjaya.

Begitulah hakikatnya dalam kehidupan.
Saat kau tidak pasti, saat itu Allah beri.
Saat kau begitu mahu, Allah masih mahu kau menunggu.

Tapi--
Doa itu tidak pernah salah.
Jangan putus asa.
Dalam dunia, tiada apa yang mustahil selagi Allah ada.
Cuma--kau kena percaya.



Comments

Popular posts from this blog

Tips Persediaan Pencerapan PdPC

Demam Campak

Ekspedisi Menawan Puncak Santubong