Posts

Showing posts from 2019

Penat

Image
Penat Dalam riuh rendahnya keliling, Dalam gembira dan seronoknya manusia, Aku terasing-- Bisu tanpa suara. Mati sudah rasa. . Hidup dalam pura-pura, Menjaga hati setiap mereka, Mengulum senyum palsu, Berborak tanpa nada, Kaku-kelu. . Apalah gunanya terus menulis cerita? Andai kesudahannya tiada. . Bukankah hidup ini suatu cabaran? Kenapa harus mengalah sesudah mengambil langkah? Jika tak mampu teruskan? Apa dengan pergi kan mengubat hati? . Melangkahlah ke mana pun membawa hati, Tapi-- Jangan lupa kembali. Membawa semangat yang lebih besar, Untuk hari yang mendatang. . Kuatkan hati. Melangkahlah lebih berani. Supaya tidak kau menyesal kemudian nanti.

Apa kau percaya bahawa Tuhan akan memberi saat kau sudah sedia?

Apa kau percaya bahawa Tuhan akan memberi saat kau sudah sedia? Hakikatnya, memang sebegitu. Saat kau benar-benar mahu-- Tapi Tuhan mahukan kau menunggu. Peritnya rasa ketika itu. Kau sedia korban segala, Tapi kata Tuhan belum sampai masa. Sedihnya kau saja yang tahu. Pedihnya tak mampu diungkap dengan kata, Tuhan punya rencana lain untukmu. Dalam hidup-- kita sering kali dihimpit perasaan begitu. Sering mendesak mahukan apa yang kita mahu. Dengan segala daya dan usaha, doa tawakal segala, Namun, dipenghujungnya kita perlu sedar cuma manusia, Selebihnya Allah maha kuasa. Waktu Tingkatan 4-- Aku paling berkehendak dengan jawatan Ketua Pengawas Aspuri, Yakin 90 peratus jawatan itu untuk aku. Rupanya Allah kata tak. Belum sampai masa kau untuk itu. Aku dilantik sebagai Penolong. Bukan ketua seperti yang aku nakkan sebelum itu. Kecewa-- Namun, dihujungnya aku diamkan saja. Walaupun tidak puas hati itu masih ada. Usai SPM-- AKu ditawarkan menyambung di sekolah yang s...

JODOH OH JODOH

Entah nak bermula dari mana. Kekok jadinya. Sedikit aku kehilangan kata-kata setelah sekian lama tak menulis di sini.  Korang sihat? Im not so well lately. So berehat panjang di rumah. Rasanya inilah masanya kembali ke sini. Walaupun aku tak pasti apa ada orang sudi menempel di blog aku yang tulisannya entah apa-apa.  Menulis ni bagus untuk orang seperti aku. Yang tak berapa bagus lisannya dalam mengungkap banyak perkara. Tapi, beri aku pen dan kertas, akan aku tuliskan dalam lagu perasaan aku kala itu.  So, guys!! Lets this entri be a special one since my comeback. Aku nak menulis tentang jodoh. Walaupun selayaknya bukan "bidang" aku, tapi mari aku kisahkan pada kalian tentang misteri yang bernama jodoh.  -- Memikir akan jodoh terlalu banyak buat manusia jadi bodoh. Memejam mata demi perasaan yang kau kata cinta. Memekak telinga demi insan yang kau gelar kekasih setia. Membisu suara asal bersama. Jodoh ini misteri, Yang kau sangk...

Bossskuuuuu

Bossskuuu  "Malu apa bosskuuuu?" . "Malu apa bossskuuuuuuuu?" . "Malu apa bosskuuuuuuuuuuuu?" . . Aku je ke yang berbulu dengar sana sini bosskuuuu. Budak-budak aku dalam kelas pun dah pandai kemain bossskuuuu bosskuuuu. Bila suruh hantar kerja. "Relaks bossskuuu"  Bila suruh hantar buku. "Ke mana bosskuuuu?" Eeeeeee budak-budak. Bossskuuu bossskuuuu. Lempang kanggg haaaa. Haaa tu baru gagap nak bossku bosssku dengan cikgu dia ni.  Bukan marah sebab ayat tu. Phewwwww. Tapi pada aku, tak sopan nak berbahasa begitu dengan guru. Adab mana adab? Haaaa. kang ceramah pasal adab, jadi karangan pulak. Nak bergurau tak salah. Yang salah tu bila tak kena tempat. Bosskuuu bossskuuuuu. Sakit pulak hati aku. Grrrrrrr. 

P E R L U

Image
P E R L U  Kau tahu -- Berapa ramai yang menyimpan duka di balik segaris senyuman seikhlas mampu? Berapa ramai yang menyimpan pilu di balik tawa girang selalu? Berapa ramai yang menyimpan tangis di balik keceriaan menipu? . Kerana tiap kita merupakan pelakon dunia. Mempamer bahagia sembunyi derita. Perit yang kita rasa, Masalah yang kita punya, Kita simpan sehabis daya, Tidak mahu sesiapa-- Terbeban dengannya. . Aku--Engkau--Mereka ; sama. Alasannya -- Kita masih mampu. Menggalas segala apa yang tersisa di bahu, Sendiri-- Biar tak siapa tahu -- Kerana menyusahkan mereka itu, Bukanlah prinsip seorang bergelar aku.  . Tapi-- Tak semua perkara, Akan selesai dengan sendirinya. Kadang-- Kau juga perlukan telinga lain-- tempat berkongsi lelah dan mengadu. Kau juga perlukan mulut lain-- minta padanya pendapat dan lawak bodoh menghilang pilu. Kau juga perlukan bahu-- bersandar seketika menghilang resah yang sarat di dadamu. ...