P E R L U

P E R L U 




Kau tahu --
Berapa ramai yang menyimpan duka di balik segaris senyuman seikhlas mampu?
Berapa ramai yang menyimpan pilu di balik tawa girang selalu?
Berapa ramai yang menyimpan tangis di balik keceriaan menipu?
.
Kerana tiap kita merupakan pelakon dunia.
Mempamer bahagia sembunyi derita.
Perit yang kita rasa, Masalah yang kita punya,
Kita simpan sehabis daya,
Tidak mahu sesiapa-- Terbeban dengannya.
.
Aku--Engkau--Mereka ; sama.
Alasannya -- Kita masih mampu.
Menggalas segala apa yang tersisa di bahu,
Sendiri-- Biar tak siapa tahu --
Kerana menyusahkan mereka itu,
Bukanlah prinsip seorang bergelar aku. 
.
Tapi--
Tak semua perkara,
Akan selesai dengan sendirinya.
Kadang--
Kau juga perlukan telinga lain-- tempat berkongsi lelah dan mengadu.
Kau juga perlukan mulut lain-- minta padanya pendapat dan lawak bodoh menghilang pilu.
Kau juga perlukan bahu-- bersandar seketika menghilang resah yang sarat di dadamu.
.
Mari--
Kau ada aku.
Sentiasa di sini.
Sampai bila-bila.
Walau aku tahu --
Kadang di hatimu, aku tiada di situ.
Tapi--
Aku akan ada.
Cari saja, pasti kau jumpa.
.
Semoga --
Selama aku ada sebagai kenalan--
Tidak aku sia-sia menjadi beban, tetapi juga tempat kau berpaut kala memerlukan.
.
Dari kejauhan ;
Akulah seorang perindu. 

Comments

Popular posts from this blog

Tips Persediaan Pencerapan PdPC

Demam Campak

Ekspedisi Menawan Puncak Santubong