Posts

Showing posts from 2021

Selamat Tinggal

Sudah sampai masa, Setiap memori itu hanya kekal sebagai memori, Bukan untuk dikenang lagi. Sudah sampai masa, Buku itu aku tutup dan simpan rapi, Aku janji-- Setiap ketawa dan air mata yang menemani, Cukuplah sampai di sini. Ya-- Hanya kerana sudah sampai masa.  Aku akan mulakan halaman baru, Tanpa memori lalu.  Iman Addin / 24.10.2021 / 12:21 a.m

KITA

Image
  Dia hanya bersenda gurau-- Kau sepatutnya ketawa. Kenapa memilih jatuh cinta?  Maka-- Ketahui saja, Bukan aku berhenti mencintaimu, Aku hanya berhenti menunjukkannya.  Dan-- Sampai bila-bila, Kita hanya teman yang diikat dengan perasaan.  Maaf-- Aku jadi lupa, Kita hanya sepakat untuk dekat dan bukan terikat.  Malah-- Kau yang ku anggap ubat. Terhanya hanya menjadi luka yang terhebat. 

Kita akan bahagia -- 88

Dari ekor mata-- Aku lihat seperti ada bibir yang menahan butir bicara, Mahu menyapa tapi tersekat di kerongkong cuma. . Pada setiap kata yang tak terluahkan. Pada setiap rasa yang tak diendahkan. Aku pasti, hati ini memahami. . Bukan tidak peduli, Malah jauh sekali dari membenci, Cuma tidak semua mampu fahami, Apa yang kita kongsi. . Kita akan bahagia. Dengan membahagiakan orang lain. Kita akan bahagia. Dengan mengikhlaskan diri menerima segala apa-- dengan reda. Kita akan bahagia. Ya. Kita akan bahagia.

PDPR lagi?

Image
PDPR oh PDPR -- . Buat kesekian kali, pdpr disambung lagi sehingga cuti Julai nanti. Berita ini meresahkan semua pihak, baik sekolah, guru, murid, malah ibu bapa sekali. . Perancangan yang pincang tak berpenghujung. Pembelajaran yang sampai tak sampai. Kesungguhan yang kadang mati dek kekangan. . Tahun lalu-- Ada 2 murid SPM aku berhenti sekolah kala satu langkah lagi menuju hari peperiksaan. Katanya-- "Cikgu, aku sudah tidak ada hati. Aku malas mahu menyambung lagi". . Puas dipujuk. Hati dia beku. Akhirnya, aku kalah. Aku harap perjalanan pdpr yang panjang tahun ini, tidak mematahkan semangat anak-anak yang sedang bertarung di Tingkatan 5 khasnya. Kita perlu habiskan, bersama-- . Buat sahabat guru-- Tidak aku nafikan, usaha menggunung kadang dirasa tak dipandang. Kadang mati rasa untuk memberi yang terbaik dari kita. Tapi-- sudah tergalas dibahu -- Panggilan kita ini -- cikgu. Buat lebih baik dari selalu, beri apa kau mampu-- Letakkan pengharapan pada Tuhan, Kau akan lebih i...

Kehilangan --

Image
Tiap kesedihan yang datang bersarang, Menghancurkan sebuah pengharapan Meleburkan segunung impian, Bertabahlah, Kerana dari sebuah ujian, Akan datang bersamanya rahmat Tuhan. Dari sebuah kehilangan, Telah meninggalkan kesan yang begitu mendalam, Tetaplah bertahan, Biar remuk dan hancur sekeping hati, Tetaplah utuh, Menanti hari esok, Yang pasti akan memberi berita baik. Esak tangis pasti kan berhenti juga, Episod duka juga kan bertukar bahagia, Meski bukan hari ini, Yakinlah esok masih ada. Berbahagialah dengan apa yang kau punya, Biar yang pergi membawa separuh dari dirimu, Yang tinggal juga perlukan kau sama. Teruslah teguh. Pasakkan kakimu dengan ampuh, Meniti hari esok pasti penuh cabaran, Namun yakinlah awan mendung tak selamanya disana, Matahari akan memancar kembali. Semoga kehilangan itu akan menjadikanmu lebih kuat esok hari. Salam rindu, Dari jauh. Tapi dekat dihatimu.