Sekali Lagi
Sekali lagi--
Dihempas kuatnya ombak,
Langsung seinci tidak berganjak,
Kaku--
Menelan segala masalah dalam bisu.
Namun,
Dalam tidak sedarnya,
Hati itu sudah tidak besar,
Sudah tidak gagah,
Segala beban perlu dipunggah.
Sekali lagi,
Pandangannya dilontar nun ke tengah lautan,
Mengharap sedikit ketenangan,
Kerana dia masih percaya,
Tiada masalah yang tidak mampu diusaikan.
Sekali lagi,
Dia akan teguhkan hati,
Mempasakkan tiap langkah ampuh ke bumi,
Segala gusar, air mata dan kekesalan hati,
Akan sekali lagi -- disimpan rapi.
Dia sudah sedia -- menghadap sinar matahari sekali lagi.
Comments
Post a Comment