Sukan done
Sukan done 💪✨
•
Hampir sebulan lebih duduk bergelumang dengan olahraga. Belum sempat menarik nafas selesai sukan sekolah, terus latihan mssb menerjah. 3 minggu tak jenguk kelas, memang esok budak-budak aku dah lupa agaknya aku ni cikgu mereka. Huhuhu.
•
Berkecimpung dengan dunia sukan sejak zaman menengah, dan menyambung penglibatan masa di universiti dan akhirnya sebagai jurulatih di sekolah.
•
Tak ada pengkhususan dalam bidang kejurulatihan, rasa sedikit kekok sebenarnya terjun dalam bidang ini. Kalau netball okay lagi, tapi olahraga ni memang bukan makanan aku.
•
Setiap kali sebelum latihan, menonton youtube dan membuat kajian tiap malam, teknik apa yang sesuai. Itulah aku ni sinonim dengan coach youtube. Selebihnya banyak bertanya kepada yang pakar. Itupun masing-masing sibuk menguruskan acara masing-masing. Ada kadang, rasa terkapai-kapai tu ada.
•
Tapi--
Jadi cikgu memang kena perlu jadi serba tahu.
Dapat tugasan, buat sehabis mampu.
Pandai atau tak, itu letak tepi.
Terima dulu, lepas tu baru tengok celah mana yang boleh dibantu.
•
Kadang--
Kesian jugak budak-budak aku.
Coach dia kurang ilmu.
•
Cuma buat yang termampu,
Hari pertandingan, mereka langsung tak ditinggalkan,
Orang lain sibuk nak berteduh bawah khemah,
Aku masih setia menunggu anak-anak menghabiskan lompatan.
•
Aku sedih bila nampak mereka sungguh-sungguh nak habiskan lompatan paling baik.
Aku nangis tepi tu.
Aku sorang je ke coach pelik macam tu?
Bila ada yang menangis sebab tak dapat buat lompatan baik-baik, aku jadi pilu sama.
Apa kena ni dengan aku?
Hahahahaha.
•
Kadang aku pun konfius ;
Aku cikgu bahasa ka cikgu pj sebenarnya?
Comments
Post a Comment