Posts

Showing posts from 2018

Misteri

Image
Misteri  Suatu yang tidak jelas, Terhampar di depan mata. Apa patut aku teruskan perjalanan, Atau berpaling ke belakang. Aku begitu takut ; Tangan untuk aku berpaut , Kan bakal disentap ragut. Aku begitu takut, Cahaya yang menyinar, Kan suatu hari pudar. Tapi-- Untuk berpaling semula itu, Pasti sekali bukan aku. Aku sudah mengambil langkah, Tak mungkin kan berpaling tadah. Doakan aku =)

Kesan

Image
Dan kerana ; Tiap perkataan, Tiap kenangan, Tiap senyuman, Tiap gurauan, Meninggalkan kesan yang paling mendalam. Dan disini-- Aku rindu untuk ketemu.

Sekali Lagi

Image
Sekali lagi-- Dihempas kuatnya ombak, Langsung seinci tidak berganjak, Kaku-- Menelan segala masalah dalam bisu. Namun, Dalam tidak sedarnya, Hati itu sudah tidak besar, Sudah tidak gagah, Segala beban perlu dipunggah. Sekali lagi, Pandangannya dilontar nun ke tengah lautan, Mengharap sedikit ketenangan, Kerana dia masih percaya, Tiada masalah yang tidak mampu diusaikan. Sekali lagi, Dia akan teguhkan hati, Mempasakkan tiap langkah ampuh ke bumi, Segala gusar, air mata dan kekesalan hati, Akan sekali lagi -- disimpan rapi. Dia sudah sedia -- menghadap sinar matahari sekali lagi.

Paksa Rela

Image
Paksa Rela -- Terpaksa, Mengukir senyum semata-mata, Mahu meyakinkan mereka, Bahawa kau itu bahagia. Mempamer ketawa paling harmoni bunyinya, Mengharap mereka percaya, Setiap baris cerita, Adalah bukan direka. Senyuman terpancar di muka, Mengecilkan anak mata, Buat siapa saja terpana, Baris gigi yang tersusun rapi, Nampak begitu seiring dalam melirik melodi, Katanya sedang bersatu dua hati. Tapi -- Dalam keriuhan, Mengapa masih ada sunyi? Dalam gelak, Mengapa masih meratapi? Dalam berpuluh teman, Mengapa masih rasa kehilangan? Terpaksa yang perlu. Rela tapi tak mahu.

Demam Campak

Image
Demam Campak ; • Family aku takda history tau dengan demam campak ni. Memang clean habis. Masa sekolah dulu, bila duk asrama, dengar jer kes member kena campak, memang lari la jauh-jauh. Harapannya, taklah berjangkit. • Tup tup masa umur 28 tahun, takda angin takda apa, tiba-tiba kena demam campak wehhh. Budak-budak skolah aku pun takda yang kena campak so memang aku pelik jugakla mana datang angin ni aku kena serangan campak. • Simptom dia, hari pertama(17/3/18) kena tu, suhu badan aku naik plus sendi rasa lenguh macam orang lepas bersukan teruk. Tapi aku cam relaks je lah, sebab memang dah berminggu aku bz sana sini tak cukup rehat dengan olahraga lagi. So aku fikir mungkin penat. So aku telan panadol tampal koyok seluruh badan, then tidur. • Hari kedua, aku bangun memang totally okay. Nampak la ada bintik merah bawah dagu, aku ingatkan jerawat. Pammm aku picit. Hahahaha. Gatai naa tangan aku. Pagi tu aku train budak olahraga macam biasa. Tapi balik rehat masa tengah har...

Patah

Image
Patah ; Dalam hidup, jangan banyak belajar memaksa, Batang mancis kalau kau paksa bengkok, Pasti patah riuk. Kalau patah hati kau hari ini, Belajar saja bertabah. Kerana jika patahnya kemudian hari, Pasti sakitnya lebih parah. Samalah macam hidup, Bila tak reda dengan Tuhan punya rencana, Kita mula memaksa-maksa, Hingga menyakiti mereka yang tak berdosa. Allahu -- Kalau saja aib itu Allah buka, Pasti aku orang paling termalu di depan muka. Setiap kali timbul rasa bersalah dalam hati, Bersyukurlah. Itu tanda Allah masih mahu kau kembali. Belajar reda. Bukan hanya hilang susah dunia. Yakin ; kau pasti lebih bahagia.

Koyak

Image
Koyak -- Kau okay? Tanya aku pada hati. Langsung tidak. Aku ini sedang koyak. Rabak. Pilu-- Kasihan hati aku. Sibuk menjaga hati mereka. Aku lupa aku juga punya satu. Aku abaikan kau selalu, Mengharap tiap luka, Sembuhnya segera. Mengharap tiap darah, Di plaster sedikit cukuplah. Rupanya aku salah. Tiap senyuman palsu, Tidak terkesan pada kau yang satu, Rupanya aku salah, Tiap luka yang berdarah, Sembuhnya tidak tetapi terus parah. Maafkan aku -- Dalam sendu yang aku sembunyi tiap hari, Cuma kau mendengar esaknya di malam hari. Maafkan aku -- Aku pentingkan mereka. Sedang mereka pula sibuk menjaga, Hati yang lain pula. Maafkan aku -- Jangan koyak dulu.

Dari kejauhan

Image
Dari kejauhan-- Aku ingin sampaikan pesan, Dari hati kepada hati, Jaga diri sehingga kita ketemu suatu hari. Dari kejauhan-- Aku ingin bertanya, Apa aku masih ada ; Dalam jiwa dalam minda? Dari kejauhan-- Setelah sekian lama, Apa rindu telah mati? Apa masih ada nama aku dalam hati? Dari kejauhan-- Aku masih ada. Tidak berganjak dari tempat lama. Masih menadah perasaan yang sama. Mengharap masih ada kita, Untuk seketika. Dari kejauhan-- Tetaplah bertahan. Semoga ada rezeki dari Tuhan.

Sukan done

Image
Sukan done 💪✨ • Hampir sebulan lebih duduk bergelumang dengan olahraga. Belum sempat menarik nafas selesai sukan sekolah, terus latihan mssb menerjah. 3 minggu tak jenguk kelas, memang esok budak-budak aku dah lupa agaknya aku ni cikgu mereka. Huhuhu. • Berkecimpung dengan dunia sukan sejak zaman menengah, dan menyambung penglibatan masa di universiti dan akhirnya sebagai jurulatih di sekolah. • Tak ada pengkhususan dalam bidang kejurulatihan, rasa sedikit kekok sebenarnya terjun dalam bidang ini. Kalau netball okay lagi, tapi olahraga ni memang bukan makanan aku. • Setiap kali sebelum latihan, menonton youtube dan membuat kajian tiap malam, teknik apa yang sesuai. Itulah aku ni sinonim dengan coach youtube. Selebihnya banyak bertanya kepada yang pakar. Itupun masing-masing sibuk menguruskan acara masing-masing. Ada kadang, rasa terkapai-kapai tu ada. • Tapi-- Jadi cikgu memang kena perlu jadi serba tahu. Dapat tugasan, buat sehabis mampu. Pandai atau tak, itu letak t...

Rindu

Image
Apa jika aku katakan aku rindu, Bunga sudah tidak akan layu? Apa jika aku katakan aku rindu. Mentari kan terbit seperti selalu? Apa jika aku katakan aku rindu. Hujan kan berhenti dan pelangi memuncul diri? Apa jika aku katakan aku rindu. Aku akan menjadi kita, Maka tangis juga bertukar tawa? Iya. Aku rindu. Masa. Cepatlah berlalu. Aku tak sabar untuk bertemu.

Hujan Itu

Image
Hujan itu-- Membanjirkan hati aku sarat dengan rindu. Pada setiap kenangan yang berlalu. Pada setiap cebisan ingatan tentang hari itu ; pilu. • Hujan itu-- Membasahkan aku dengan penuh rasa bersalah. Seolah mengalir deras setiap petah. Yang menginginkan nokhtah. • Hujan itu-- Tidak lagi punya nada riang seperti selalu. Yang ada cuma tangis pilu. Mengenang sebuah kehilangan. Tentang seorang kesayangan. Yang sudah tenggelam dalam diam. • Berhentilah hujan-- Kedinginan itu benar-benar membunuh, Seorang aku yang sudah jatuh.

Rasa Yang Berbaki

Image
Atas segala rasa yang tertinggal ini-- Sudah aku bungkus, aku simpan rapi. Sudah tidak ada lagi, Rasa yang berbaki. Aku sudah sedia ; menyerah pada Tuhan kembali. • Segala rasa yang melimpah ruah-- Sudah masanya aku kembali serah. Pada yang layak memiliki, Pada yang berhak menghargai, Kerna tempatnya bukan lagi di sini. • Atas semua perbuatan yang menyakitkan, Atas segala kalimat yang mengguris perasaan, Mohon direda dalam kemaafan. Kerna aku bukan Tuhan. Jauh dari kesempurnaan. Hanya selemah-lemah insan. Yang kadang tenggelam melayan perasaan. • Langkah ini sudah berhenti, Bendera putih berkibar rapi, Sudah tidak ada ragu, Tentang kasih kau pada aku. --

28 Perkara Tentang Seorang Aku

Image
Hai korang!! • Dalam tak sedar, tahun dah pun bertukar. Its 2018 and im officially 28. And this year, i celebrated my birthday extra special sebab tiga hari berturut-turut disambut meriah. Hahaha. Alhamdulillah -- dah tua. Kena sedar diri, makin umur meningkat, makin ajal mendekat. • Im still on the mood celebrating my birthday. So this entry is extra special.  28 perkara tentang Norfazirah Dol -- • 1 ; banyak nama Entah macam mana aku boleh ada banyak nama. Faz ni nama zaman menengah. Bapak aku gi tulis nama ni kat baldi masa asrama. So semua pakat-pakat panggil aku Faz. Zira nama aku kat rumah. Kalau masa uni, kawan-kawan panggil along. Yang ni sebab aku introduce diri as along. Sampai pensyarah pun terjebak panggil macam tu. Iman nama pena aku dalam jozannerz. Geng-geng tu semua panggil aku iman. Termasuk la Johan. Duluu laaa duluuuu. • 2 ; tinggi 167cm Orang kata perempuan tinggi susah dapat bf. Ye ehh? Sebab lelaki tak suka kot kalau perempuan lagi tinggi dari d...