Ramadan Akan Pergi
Ramadan akan pergi-- Tanya sama hati, Apa yang berubah pada diri kau sendiri. Macam mana dengan bacaan quran tiap hari? Apa sudah terbaiki atau masih biasa seperti yang dulu-dulu lagi. Macam mana dengan solat lima waktu? Apa masih selang seli atau cukup lima kali? Semoga Ramadan kali ini menjadi landasan kita sama-sama memperbaiki diri. Jadi lebih baik-- Amal meningkat naik-- Kalau bukan sekarang, jadi bila? Ramadan akan datang, belum tentu panjang umur kita. Semoga sama-sama kita usaha, Dalam Ramadan yang hanya tinggal baki sisa, Amalan baik kita diterima, Segala yang jahat, Allah ampunkan segala, Semoga puasa kita menjadi puasa yang bermakna-- Bukan takat lapar dan dahaga. Kala semua orang sudah balik bercuti, Sekolah kami masih gigih meneruskan pembelajaran lagi sehari, Sedang hati masing-masing sudah tidak lagi di sini-- Nak tunggu loceng akhir tu lambat benar rasanya ni. wiwiwiwiwiiwi. Sempena Aidilfitri yang akan menjelang lagi dua tiga hari-- D...