PDPR oh PDPR -- . Buat kesekian kali, pdpr disambung lagi sehingga cuti Julai nanti. Berita ini meresahkan semua pihak, baik sekolah, guru, murid, malah ibu bapa sekali. . Perancangan yang pincang tak berpenghujung. Pembelajaran yang sampai tak sampai. Kesungguhan yang kadang mati dek kekangan. . Tahun lalu-- Ada 2 murid SPM aku berhenti sekolah kala satu langkah lagi menuju hari peperiksaan. Katanya-- "Cikgu, aku sudah tidak ada hati. Aku malas mahu menyambung lagi". . Puas dipujuk. Hati dia beku. Akhirnya, aku kalah. Aku harap perjalanan pdpr yang panjang tahun ini, tidak mematahkan semangat anak-anak yang sedang bertarung di Tingkatan 5 khasnya. Kita perlu habiskan, bersama-- . Buat sahabat guru-- Tidak aku nafikan, usaha menggunung kadang dirasa tak dipandang. Kadang mati rasa untuk memberi yang terbaik dari kita. Tapi-- sudah tergalas dibahu -- Panggilan kita ini -- cikgu. Buat lebih baik dari selalu, beri apa kau mampu-- Letakkan pengharapan pada Tuhan, Kau akan lebih i...