Posts

Showing posts from July, 2019

Apa kau percaya bahawa Tuhan akan memberi saat kau sudah sedia?

Apa kau percaya bahawa Tuhan akan memberi saat kau sudah sedia? Hakikatnya, memang sebegitu. Saat kau benar-benar mahu-- Tapi Tuhan mahukan kau menunggu. Peritnya rasa ketika itu. Kau sedia korban segala, Tapi kata Tuhan belum sampai masa. Sedihnya kau saja yang tahu. Pedihnya tak mampu diungkap dengan kata, Tuhan punya rencana lain untukmu. Dalam hidup-- kita sering kali dihimpit perasaan begitu. Sering mendesak mahukan apa yang kita mahu. Dengan segala daya dan usaha, doa tawakal segala, Namun, dipenghujungnya kita perlu sedar cuma manusia, Selebihnya Allah maha kuasa. Waktu Tingkatan 4-- Aku paling berkehendak dengan jawatan Ketua Pengawas Aspuri, Yakin 90 peratus jawatan itu untuk aku. Rupanya Allah kata tak. Belum sampai masa kau untuk itu. Aku dilantik sebagai Penolong. Bukan ketua seperti yang aku nakkan sebelum itu. Kecewa-- Namun, dihujungnya aku diamkan saja. Walaupun tidak puas hati itu masih ada. Usai SPM-- AKu ditawarkan menyambung di sekolah yang s...

JODOH OH JODOH

Entah nak bermula dari mana. Kekok jadinya. Sedikit aku kehilangan kata-kata setelah sekian lama tak menulis di sini.  Korang sihat? Im not so well lately. So berehat panjang di rumah. Rasanya inilah masanya kembali ke sini. Walaupun aku tak pasti apa ada orang sudi menempel di blog aku yang tulisannya entah apa-apa.  Menulis ni bagus untuk orang seperti aku. Yang tak berapa bagus lisannya dalam mengungkap banyak perkara. Tapi, beri aku pen dan kertas, akan aku tuliskan dalam lagu perasaan aku kala itu.  So, guys!! Lets this entri be a special one since my comeback. Aku nak menulis tentang jodoh. Walaupun selayaknya bukan "bidang" aku, tapi mari aku kisahkan pada kalian tentang misteri yang bernama jodoh.  -- Memikir akan jodoh terlalu banyak buat manusia jadi bodoh. Memejam mata demi perasaan yang kau kata cinta. Memekak telinga demi insan yang kau gelar kekasih setia. Membisu suara asal bersama. Jodoh ini misteri, Yang kau sangk...