Selamat Tinggal
Sudah sampai masa, Setiap memori itu hanya kekal sebagai memori, Bukan untuk dikenang lagi. Sudah sampai masa, Buku itu aku tutup dan simpan rapi, Aku janji-- Setiap ketawa dan air mata yang menemani, Cukuplah sampai di sini. Ya-- Hanya kerana sudah sampai masa. Aku akan mulakan halaman baru, Tanpa memori lalu. Iman Addin / 24.10.2021 / 12:21 a.m