Posts

Showing posts from April, 2019

Bossskuuuuu

Bossskuuu  "Malu apa bosskuuuu?" . "Malu apa bossskuuuuuuuu?" . "Malu apa bosskuuuuuuuuuuuu?" . . Aku je ke yang berbulu dengar sana sini bosskuuuu. Budak-budak aku dalam kelas pun dah pandai kemain bossskuuuu bosskuuuu. Bila suruh hantar kerja. "Relaks bossskuuu"  Bila suruh hantar buku. "Ke mana bosskuuuu?" Eeeeeee budak-budak. Bossskuuu bossskuuuu. Lempang kanggg haaaa. Haaa tu baru gagap nak bossku bosssku dengan cikgu dia ni.  Bukan marah sebab ayat tu. Phewwwww. Tapi pada aku, tak sopan nak berbahasa begitu dengan guru. Adab mana adab? Haaaa. kang ceramah pasal adab, jadi karangan pulak. Nak bergurau tak salah. Yang salah tu bila tak kena tempat. Bosskuuu bossskuuuuu. Sakit pulak hati aku. Grrrrrrr. 

P E R L U

Image
P E R L U  Kau tahu -- Berapa ramai yang menyimpan duka di balik segaris senyuman seikhlas mampu? Berapa ramai yang menyimpan pilu di balik tawa girang selalu? Berapa ramai yang menyimpan tangis di balik keceriaan menipu? . Kerana tiap kita merupakan pelakon dunia. Mempamer bahagia sembunyi derita. Perit yang kita rasa, Masalah yang kita punya, Kita simpan sehabis daya, Tidak mahu sesiapa-- Terbeban dengannya. . Aku--Engkau--Mereka ; sama. Alasannya -- Kita masih mampu. Menggalas segala apa yang tersisa di bahu, Sendiri-- Biar tak siapa tahu -- Kerana menyusahkan mereka itu, Bukanlah prinsip seorang bergelar aku.  . Tapi-- Tak semua perkara, Akan selesai dengan sendirinya. Kadang-- Kau juga perlukan telinga lain-- tempat berkongsi lelah dan mengadu. Kau juga perlukan mulut lain-- minta padanya pendapat dan lawak bodoh menghilang pilu. Kau juga perlukan bahu-- bersandar seketika menghilang resah yang sarat di dadamu. ...