Posts

Showing posts from September, 2017

Positive Vibe ✨

Dan kau itu adalah apa yang kau fikirkan ; • Seorang tua di tepi kedai makan segera-- Sudah beberapa kali kami ketemu namun baru hari itu aku sempat bertegur sapa dengannya. Selalunya aku juga seperti orang lain yang hanya memandang dari kejauhan dan mendoakan dia dalam diam. • Namun-- Tidak untuk petang itu. Aku turun dari kereta dan mengambil tempat di sebelahnya. Aku memasukkan sedikit usinn dalam genggamannya. Dia senyum lantas menghulur sayur yang dijualnya pada aku. "Tak apa. Pak cik ambik saja duitnya" • Dia senyum. Paling lebar setakat yang kupandang dari tadi. Aku memulakan perbualan. "Selalu niaga di sini pak cik?" Aku berbasa-basi. • Sedangkan hakikatnya tiap kali ke sini, dia selalu kutemui walaupun barangan jualannya berlainan tiap kali. Ada hari sayur midin. Ada hari ikan kering. Ada hari buah betik dan lain-lain. • Dia angguk. Mengiyakan pertanyaan aku sebentar tadi. "Pak cik sorang? Anak-anak mana?" Terjun terus pada soalan ...