Paksa Rela

Paksa Rela -- Terpaksa, Mengukir senyum semata-mata, Mahu meyakinkan mereka, Bahawa kau itu bahagia. Mempamer ketawa paling harmoni bunyinya, Mengharap mereka percaya, Setiap baris cerita, Adalah bukan direka. Senyuman terpancar di muka, Mengecilkan anak mata, Buat siapa saja terpana, Baris gigi yang tersusun rapi, Nampak begitu seiring dalam melirik melodi, Katanya sedang bersatu dua hati. Tapi -- Dalam keriuhan, Mengapa masih ada sunyi? Dalam gelak, Mengapa masih meratapi? Dalam berpuluh teman, Mengapa masih rasa kehilangan? Terpaksa yang perlu. Rela tapi tak mahu.